Friday, 29 July 2016

Alif si Pengembala Kambing

Alif bekerja sebagai seorang pengembala kambing. Setiap pagi, selepas solat Subuh dan bersarapan, Alif akan menuju ke ladang yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Alif mempunyai 10 ekor kambing yang telah dihadiahkan oleh bapanya. Disamping menjaga kambing-kambing beliau, Alif juga mengambil upah menjaga 20 ekor kambing Pak Abu, 5 ekor kambing Makcik Senah dan 15 ekor kambing Tok Aba. Setiap hari Alif akan memberi kambing-kambing tersebut makan dan bersiar-siar di ladang.
Soalan:

1. Apakah perkerjaan Alif?
2. Apakah yang Alif lakukan sebelum keluar bekerja?
3. Siapakah yang memberi Alif 10 ekor kambing?
4. Berapakah jumlah kambing yang dimiliki oleh Tok Aba?
5. Di manakah Alif membawa kambing-kambing tersebut makan dan bersiar-siar?
6. Berapakah jumlah kesemua kambing yang dijaga oleh Alif?